Jadual Pos Kereta Ke Sabah Sarawak dari Semenanjung Malaysia Tahun 2026 (Departure date are subject to change with or without notice) Maksud ETA ialah Jangka masa tiba atau anggaran masa ketibaan (ETA) ialah masa apabila sebuah kapal, kenderaan, pesawat udara, kargo atau perkhidmatan kecemasan dijangka tiba di suatu tempat tertentu
| DESTINASI | JANGKAAN BERLEPAS | JANGKAAN KETIBAAN | NAMA KAPAL | |
|---|---|---|---|---|
| PORT KLANG - KOTA KINABALU | 02/08/2026 | 15/08/2026 | GRAND VISION 286 | |
| PORT KLANG - BINTULU - KCH | 10/08/2026 | 22/08/2026 | GRAND VISION 287 | |
| PORT KLANG - KOTA KINABALU | 16/08/2026 | 29/08/2026 | GRAND VISION 288 | |
| PORT KLANG - BINTULU - KCH | 24/08/2026 | 05/09/2026 | GRAND VISION 289 | |
| PORT KLANG - KOTA KINABALU | 01/09/2026 | 14/09/2026 | GRAND VISION 290 | |
| PORT KLANG - BINTULU - KCH | 11/09/2026 | 23/09/2026 | GRAND VISION 291 | |
| PORT KLANG - KOTA KINABALU | 18/09/2026 | 01/10/2026 | GRAND VISION 292 | |
| PORT KLANG - BINTULU | 01/10/2026 | 10/00/2026 | GRAND VISION 293 | |
| PORT KLANG - KOTA KINABALU | 07/10/2026 | 20/10/2026 | GRAND VISION 294 |
Jadual Pos Kereta Ke Semenanjung Dari Sabah Sarawak Tahun 2026 (Departure date are subject to change with or without notice) Maksud ETA ialah Jangka masa tiba atau anggaran masa ketibaan (ETA) ialah masa apabila sebuah kapal, kenderaan, pesawat udara, kargo atau perkhidmatan kecemasan dijangka tiba di suatu tempat tertentu
| DESTINASI | JANGKAAN BERLEPAS | JANGKAAN KETIBAAN | NAMA KAPAL | |
|---|---|---|---|---|
| KOTA KINABALU - PORT KLANG | 06/08/2026 | 17/08/2026 | GRAND VISION 286A | |
| BINTULU - KCH - PORT KLANG | 14/08/2026 | 24/08/2026 | GRAND VISION 287A | |
| KOTA KINABALU - PORT KLANG | 20/08/2026 | 31/08/2026 | GRAND VISION 288A | |
| BINTULU - KCH - PORT KLANG | 29/08/2026 | 08/09/2026 | GRAND VISION 289A | |
| KOTA KINABALU - PORT KLANG | 05/09/2026 | 16/09/2026 | GRAND VISION 290A | |
| BINTULU - KCH - PORT KLANG | 15/09/2026 | 25/09/2026 | GRAND VISION 291A | |
| KOTA KINABALU - PORT KLANG | 22/09/2026 | 03/10/2026 | GRAND VISION 292A | |
| BINTULU -PORT KLANG | 04/10/2026 | 11/10/2026 | GRAND VISION 293A | |
| KOTA KINABALU - PORT KLANG | 11/10/2026 | 22/10/2026 | GRAND VISION 294A |
|
|
1) Berapa lamakah masa yang diambil untuk kenderaan saya tiba di Sarawak dan Sabah?
Tempoh pelayaran mengambil kira faktor cuaca dan keberangkalian masalah teknikal dan selalunya mengambil masa selama 15 hari.
2) Bilakah atau di mana saya harus menghantar kenderaan saya?
Tarikh akhir bagi penghantaran kenderaan ke pelabuhan tertentu iaitu di Pelabuhan Klang, Kota Kinabalu, Kuching dan Labuan adalah 2 hari bekerja sebelum waktu anggaran ketibaan (ETA) kapal, (tidak termasuk hari ETA kapal, Ahad & Cuti Umum disebabkan waktu kerja yang terhad).
3) Berapa lamakah masa diambil bagi pelepasan Kastam di Sabah dan Sarawak? Ia mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk pelepasan kastam selepas tarikh kapal ETA di Malaysia Timur.
4) Apakah jenis dokumentasi yang diperlukan untuk pelepasan Kastam?
- Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang)
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (Depan & Belakang)
- Salinan Surat Pelepasan Bank (untuk kenderaan yang masih dibiayai)
- Salinan polisi insuran bagi kenderaan yang telah habis bayar
(Kesemua salinan hendaklah jelas dan terang)
5) Bilakah tarikh akhir Penyerahan Dokumen?
Tarikh akhir bagi penghantaran dokumen adalah 5 hari bekerja sebelum waktu anggaran ketibaan (ETA) kapal (tidak termasuk hari ETA kapal,Ahad & Cuti Umum disebabkan waktu kerja yang terhad) untuk pemprosesan kastam tepat dan cepat. Pihak kapal tidak akan bertanggungjawab untuk kelewatan,caj tambahan atau kesilapan manusia yang mungkin disebabkan oleh penyerahan dokumen lewat.
6) Adakah Kenderaan saya dilindungi oleh Insuran Marin?
Semua kenderaan akan diinsurankan daripada jumlah kerugian sahaja.Anda juga boleh mengambil insuran tambahan dan ianya adalah pilihan.
7) Bilakah saya perlu membuat pembayaran?
Bayaran hendaklah dibuat semasa membuat tempahan dan resit rasmi akan dikeluarkan bagi tujuan mengambil kenderaan semasa di pelabuhan.Sila simpan bukti pembayaran.
8) Adakah anda menyediakan penghantaran ke lokasi lain selain dari Sabah,Sarawak dan Semenanjung ?
Kapal kami membuat panggilan ke Pelabuhan Singapura, Laem Chabang (Thailand) dan Jakarta (Indonesia), oleh itu kami boleh mengatur penghantaran kenderaan ke pelabuhan-pelabuhan ini. Walaupun kapal kami tidak membuat panggilan ke Pelabuhan Antarabangsa yang lain pada masa ini, kami mempunyai keupayaan dan rangkaian yang luas, dan bersedia mengatur kenderaan anda untuk dihantar ke mana-mana destinasi di seluruh dunia seperti permintaan anda.
9) Bolehkah saya menuntut kehilangan barang peribadai di dalam kenderaan?
Pelanggan dinasihatkan untuk mengeluarkan semua barangan peribadi dari kenderaan.
Sekiranya terdapat keperluan untuk meletakkan barang peribadi di dalam kenderaan,
Ia adalah di atas risiko anda sendiri. Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa barang peribadi yang hilang atau rosak.
